Program Fiesta Sahabat AIM dan Jalinan Kasih AIM Cawangan Miri 2019

23 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 21 dan 22 September 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah menyertai program fiesta Sahabat AIM dan Jalinan Kasih AIM cawangan Miri bersama dengan Pusat Internet Kampung Luak dan Pusat Internet Kampung Lambir bertempat di Padang MBM Miri. Program ini telah disertai oleh komuniti setempat dengan pelbagai variasi umur.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara blok-blok, staff pusat Internet dan pengunjung yang datang ke booth pameran Pusat Internet. Selain itu, terdapat banyak pembukaan booth pameran dan jualan daripada usahawan AIM. Pelbagai pertandingan diadakan supaya komuniti dapat menyertai program ini seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pertandingan gubahan, masakan dan kuih tradisional untuk orang dewasa. Pada masa yang sama, sukaneka terbuka juga diadakan untuk memeriahkan lagi suasana fiesta.

Antara kebaikan yang diperolehi dari program ini ialah staff Pusat Internet dapat mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dan dapat berkongsi maklumat serta ilmu pengetahuan mengenai advokasi Klik dengan Bijak. Promosi Analog Switch Off (ASO) turut dilakukan supaya komuniti tahu bahawa siaran tv analog bakal ditamatkan dan digantikan dengan tv digital iaitu MyFreeView.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali